Tuesday, June 19, 2012

Sanggupkah anda??


Entri kali ini irda ingin kongsikan hasil tulisan seorg jutawan muda internet bernama IRFAN KHAIRI..dia muda, kaya dan telah berjaya membantu ramai yg menjana pendapatan daripada internet..mari kita kongsikan ;


Artikel pilihan: Sanggupkah anda?
Oleh: Irfan Khairi



Pastinya semua orang mengenali Jackie Chan- ikon Asia yang paling popular di mata dunia. Saya sendiri pun minat aksi-aksinya.



Tapi, tahukah anda, sebelum Jackie Chan popular, beliau berusaha untuk mempelajari Tae Kwando, Judo, Wing Chung dan seni mempertahankan diri yang lain selama 18 jam setiap hari? Sertai Facebook saya untuk melihat gambar rumah Jackie Chan yang saya ambil ketika melawat Australia ;) http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

Pernah dengar nama Lance Armstrong? Cancer survivor yang memenangi Tour De France berkali-kali. Tahukah anda selepas beliau pulih dari kanser, beliau hanya mempunyai 2 matlamat dalam hidupnya- iaitu memenangi Tour De France, dan membesarkan anaknya dengan sihat.




Setiap hari, dari pagi hingga malam, beliau berlatih untuk memenangi Tour De France dan tidak melakukan benda lain. Ditulis dalam bukunya "Anything else was secondary and an unnecessary distraction"





Dan siapa tidak mendapat inspirasi dari ratu squash Nicole David. Tetapi, tahukah anda dalam laporan pernah mengatakan beliau berlatih lebih dari 8 jam setiap hari?


Lihat kembali industri kita sendiri. Sanggupkah kita mengikut jejak langkah ikon-ikon ini yang kesemuanya kini multi-millionaire? No short cut to success, tapi masih lagi ramai ingatkan boleh jadi kaya dengan cepat & mudah.


Persoalannya, sanggupkah anda melakukan pengorbanan untuk mencapai apa sahaja matlamat anda? ;) -ik

call/sms : 012-3533940
irda_4678@yahoo.com

No comments:

Post a Comment